Sekolah Marketing Sabah

Tentang SMS

Kami mengajar, anda melaksana

Sekolah Marketing Sabah ialah inisiatif pendidikan dan latihan ELTY Digital Sdn Bhd. Kami membimbing pemilik bisnes di Sabah menggunakan pemasaran digital, iklan dan AI pada bisnes mereka sendiri.

Apa yang kami pegang

Empat perkara ini menentukan cara setiap sesi SMS dijalankan.

Praktikal dahulu

Apa yang diajar boleh anda guna pada hari yang sama. Dalam setiap sesi, anda buat kerja sendiri dan tidak sekadar mendengar.

Berpaksikan angka sebenar

Kami mengajar cara membaca jualan, kos iklan dan pulangan sebenar, bukan sekadar tontonan dan like.

Jujur tentang kesukaran

Pemasaran digital perlukan usaha dan masa. Kami tidak menjanjikan kekayaan segera kepada sesiapa.

Berakar di Sabah

Kami faham pasaran tempatan, logistik Borneo, budaya komunikasi dan cara pembeli di setiap daerah membuat keputusan.

Ketua Jurulatih

Mohamad Aiman

Penaung & Ketua Jurulatih SMS · CEO ELTY Digital

Menyusun silibus SMS dan mengendalikan sesi coaching. Sejak 2022, beliau dan pasukan ELTY Digital membantu jenama tempatan dalam pelbagai sektor.

Disokong oleh

ELTY Digital Sdn Bhd

SMS beroperasi di bawah ELTY Digital Sdn Bhd, agensi pemasaran dan AI yang berpangkalan di Kota Kinabalu. Kurikulum, modul dan bahan latihan SMS ialah hak cipta ELTY Digital Sdn Bhd.

eltydigital.com →

Mula dari tahap anda

Isi semakan bisnes percuma dan dapat cadangan sesi ikut tahap bisnes anda.

Semak bisnes saya